Suhuf Ibrahim

Posted by Harris Saturday, August 22, 2009
Salam..

Alhamdulillah, bersua kita kembali
di alam maya ini dengan izin Allah.
Semoga para pembaca dalam keadaan sihat
iman
&
akal.


Malam pertama Ramadhan (marek)..
diturunkan
sebuah suhuf (lembaran)
daripada
Allah
kepada seorang Nabi.
Melalui perantaraan
Jibril a.s.

Nabi yang dimaksudkan itu
ialah seorang
putera A-aazar (Tarih) bin Taur bin Saruj bin Rau' bin Falij
bin
Aabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam
bin
Nuh a.s.
yang dilahirkan di sebuah tempat bernama
Faddam A'ram
di dalam kerajaan Babylon.

Nabi yang dimaksudkan itu ialah
Nabi Ibrahim a.s.
yang diberi gelaran
Khalil Ullah (sahabat Allah)

Abu Zar, seorang sahabat Nabi s.a.w yang zuhud pada suatu masa ingin tahu tentang apa yang terdapat dalam suhuf-suhuf terdahulu.
Beliau mengemukakan persoalanya itu kepada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis dan berkata; Wahai Rasulullah !, apakah ajaran yang terdapat dalam suhuf (lembaran) yang diturunkan kepada nabi Ibrahim?.
Nabi Ibrahim telah dikurniakan suhuf yang berupa lembaran yang diturun daripada Allah. Di dalam lembaran itu terkandungan pengajaran yang disampaikan dalam bentuk perbandingan dan misalan.
Suhuf itu tidak kekal sehingga zaman nabi Muhammad s.a.w.

Oleh kerana Rasul di berikan wahyu dan ilmu tentang pristiwa-peristiwa yang terdahulu baginda dapat menjawab persoalan Abu Zar dengan jelas sekali.

"Semua didalamnya adalah perumpamaan dan misalan" kata Baginda.

Abu Zar tentu sudah tahu pada asasnya suhuf-suhuf nabi terdahulu merupakan ajaran yang turunkan Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w menjawab dalam bentuk method pengajaran disampaikan iaitu method permisalan.

Misalan yang pertama ialah tentang prilaku seorang raja yang zalim, menindas, angkuh, tamakkan harta dan lupa tanggunjawab.

Rasulullah s.a.w menyebut sedutan dari suhuf Ibrahim tersebut berbunyi; Wahai raja yang sombong, menindas dan rakus ! , Aku (Allah) tidak utuskan kamu untuk mengumpul dunia yang banyak, tetapi aku utuskan kamu untuk bertugas bagi pihakku mengembalikan hak orang yang dizalimi, sesungguhnya aku mengembalikannya walaupun daripada orang kafir.

Allah tidak utuskan raja untuk menindas tetapi supaya mereka menjaga hak orang yang dizalimi samada hak itu berupa harta, kebebasan dan layanan sama rata. Tetapi malangnya kebanyakan raja dan pemerintah lupa tanggungjawab dan rakus serta menindas.

Misalan kedua ialah tentang cara membahagi masa. Seorang yang cerdik dan berakal seharusnya bijak membahagikan masanya seimbang untuk pembangunan ruh dan jasadnya. Manusia perlu masa untuk bermunajat kepada tuhannya, masa untuk memuhasabah diri, masa untuk berfikir tentang kebesaran ciptaan Allah, dan masa untuk makan dan minum.

Seolah-olah Rasulullah s.a.w menujukan cakapnya kepada kita yang hidup pada hari ini apabila berkata; Seorang yang berakal seharusnya selama akalnya tidak sewel, menyusun masa-masanya kepada beberapa segmen, masa untuk masa untuk bermunajat kepada tuhannya, masa untuk menghitung diri, masa untuk berfikir tentang kebesaran ciptaan Allah, dan masa untuk makan dan minum.

Keutamaan yang dicadangkan oleh Allah dalam Suhuf Ibrahim sebagaimana dipetik oleh Rasulullah dan diceritakan kepada kita melalui hadis Abu Zar ini mungkin tidak sama dengan keutamaan yang kita buat hari ini. Kita selalunya memperuntukkan masa untuk kehidupan jasad lebih banyak dari masa yang kita peruntukkan untuk jiwa dan ruh kita. Sebab itu kita menjadi manusia yang bertubuh badan besar dan gemuk sementara ruh kita lemah dan kurus. Apa gunanya badan yang besar dan gemuk ini kepada kita? Dan apa nilai manusia yang tidak punya ruh yang tinggi?.

Misalan yang ketiga diceritakan oleh Rasulullah s.a.w daripada Suhuf Ibrahim ialah mengenai tujuan keluar dan pergi-mari seorang muslim. Menjadi kebiasaan manusia daripada zaman dahulu lagi sering keluar dan pergi kesana kemari. Manusia zaman sekarang pun keluar bahkan lebih banyak daripada orang zaman dahulu. Cuma tujuannya mungkin berbeza.

"Seorang yang berakal tidak pergi atau keluar kecuali untuk tiga tujuan; mencari bekal untuk hari kesudahan, memperbaiki mutu kehidupan dan mencari keseronokan dalam perkara yang halal". Ucap baginda menceritakan antara kandungan yang menarik terdapat dalam Suhuf Ibrahim a.s.

Pesanan Allah dalam Suhuf Ibrahim ini terasa masih segar walaupun telah beribu tahun ia diturunkan. Demikian kebenaran yang bersandar dari langit hakikatnya tidak lapuk dek masa dan tak lusuh dek hujan. Ia amat releven untuk sepanjang masa.

Cerita Rasulullah s.a.w ini amat menarik sekali. Abu Zar mendengarnya dengan tekun dan mengahafalnya dengan teliti. Beliau tidak sedikit pun cuba mencelah percakapan Rasulullah s.a.w sehingga baginda habis berbicara.

Wallahua'lam.



0 comments

Post a Comment