Sambungan Hari Tuh.. :D

Posted by Harris Friday, August 21, 2009
Salam..

Wokeyhh... Jom kita sambung
pengisian yang lalu..

Dibelenggu syaitan itu bererti
dibelenggu nafsu.

Dengan berpuasa, secara automatik
badan dan reaksi (nafsu) kita
akan menurun.
Oleh kerana adanya larangan-larangan
ketika berpuasa itu,
keinginan seseorang untuk melakukan
sesuatu yang boleh menaikkan syahwat,
atau nafsu
akan terbantut atau berkurang.
&
kita gunakan perkataan yang lebih mantap,
dibelenggu.

Ketahuilah, ketika kita berpuasa, keupayaan otak
kita untuk berfikir adalah pada tahap yang paling optimum sekali.
Disertakan pua dengan
Zikrullah, maka semakin 'Kaw' daya pemikiran
seseorang itu.



Sebaliknya berlaku jika perut kita dipenuhi dengan makanan.
Kekenyangan yang lebih hanya akan membawa
kemalasan dan hal ini secara terus meningkatkan hawa nafsu kita.

sebagaimana sebuah hadith menyatakan :

Dari ’Abdullah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hai, para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi,".
(riwayat Muslim)



Sungguh jelas hadith ini membuktikan bahawa puasa itu dapat
menahan atau membelenggu
nafsu untuk melakukan dosa.

- sumber -

BAIKLAH!

Kita berhujah pula dengan satu pendapat yang lain.

Ibnu Hajr al-'Asqalani menukil dari al-Halimiy menyatakan maksud dibelenggu
syaitan itu adalah
para syaitan tidak dapat untuk menganggu
atau meyampaikan fitnah kepada umat Islam
seperti mana di bulan-bulan selain

Ramadhan al-Mubarak.


Hal ini disebabkan umat Islam
sibuk akan urusan berpuasa, membaca al-Quran & berzikir
yang melemahkan syahwat.

haaa... ada sik kita baca al-Quran nul Kareem or berzikir time posa?
tepuk dada tanyalah iman.. :)

insya Allah, pengisian kali ini akan berakhir esok hari sempena dengan permulaan
bulan
Ramadhan al-Mubarak.

so, part 3 la esok eh...
ade lagi pendapat-pendapt lain.

Insya Allah, bersua kita sekali lagi esok hari di dalam alam maya ini. :)


psst: Jangan lupa niat! :D



0 comments

Post a Comment